Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Kerja kalau ikutkan tak akan pernah habis, duit kalau ikutkan tak akan pernah cukup, sama-samalah bagi keutamaan kepada ibu dan bapa selagi hayat mereka ada.


Terkesan den dengan cerita seorang sahabat Facebook mengenai ibu dan bapa, pada tahun 2012 ayah den disahkan mengalami pembengkakan kelenjar prostat pada usia 66 tahun. Pada masa itu kami adik beradik berpakat menghantar ayah menjalani sesi rawatan di hospital KPJ Seremban setelah mencuba pelbagai kaedah rawatan.

Insuran pun tiada dan menelan belanja RM8000 lebih untuk kos pembedahan.
Pada masa ini semua kerja den terganggu, emosi bercampur baur, sebelum ke KPJ pelbagai teknik rawatan kami cuba termasuk merujuk pakar di hospital kerajaan.

Dan akhirnya ke hospital KPJ Jabatan Urologist. Doktor berbangsa Cina yang merawat ayah, Dr Yoong Yee Kong is a member of Malaysia Urological Association and he joined KPJSSH in 2005. Ramai staff sana gelarkan doktor ni 'cikgu' kerana fasih berbahasa Melayu.
Doktor cakap setelah pemeriksaan dibuat; 

"Okey, ayah awak kena jalani pembedahan dan jantung ayah bukan jantung anak muda, awak tinggal di mana?"

"Sendayan." Balas saya.

"Okey, nanti kita set oppoiment tarikh untuk pembedahan, pukul 6 pagi mesti sampai sini, awak kena bawa ayah datang sini tak perlu admit ward. Boleh?" Kata doktor.

"Boleh." Jawab saya.

"Saya bukan kata awak tak ada duit ya, rasanya ayah awak tak perlu admit ward dan malam sebelum operation ayah kena puasa." Kata doktor lagi.

"Baik doktor, terima kasih." Kata saya.

"Kita akan korek-korek, hiris-hiris saluran air kencing ayah dan jika ayah nak kahwin lagi untuk benih dan mungkin syahwat dah tak ada, saya harap awak faham ya." Kata doktor lagi.

"Saya faham doktor." Balas saya sambil tersenyum tanda setuju.

Selepas menjalani pembedahan TURP (Transurethral Resection Of Prostat), ayah ditahan dalam ward sehingga keputusan sample prostat yang diambil menentukan sama ada kanser atau pun tidak. Setelah doktor meniliti keputusan lab, ayah bukan mengalami kanser prostat dan dibenarkan balik pada hari pembedahan tersebut, doktor Yoong cakap;

"Ayah awak semakin pulih, dan saya rasa tak perlu admit ward dan boleh balik ke rumah."

Ayah semakin sembuh dan kencing lawas seperti biasa.

Pada tahun 2013 sekali lagi ayah digemparkan jatuh dalam tandas kerana serangan darah tinggi, pada hari tersebut juga anak sulong abang saya meninggal.

Anak abang Nasoha lahir tapi jantung tidak kuat lalu meninggal pada usia 7 bulan mungkin. Sempat diazankan.. Al fatihah untuk beliau. Penghuni syurga. Muhamad Saifuddin bin Mohd Nasoha.

Ayah dikejarkan ke hospital Putrajaya kerana ketika itu berada di rumah kakak. Setelah di buat MRI Scan (Magnetic resonance imaging) ayah disahkan kena minor stroke dan ingatannya terganggu sehingga sekarang dan perwatakan ayah berubah 100% dari sebelumnya.

Ayah pernah cakap, kalau ayah mati nanti kebumikan beliau di kampung Pasir Besar, Negeri Sembilan, ini wasiat ayah (walaupun den tahu, ingatan ayah terganggu kerana minor stroke). Entahlah..

Allahu Akhbar. Sebaik-baik perancang ialah Allah S.W.T, apa pun kita kena ceria dan reda. Apa pun kena stanby tak kira umur, uzur ke tidak, kita semua akan tetap menghadap-Nya.

Ayah pernah cakap "Den yang sakit, orang lain yang mati dulu."

Iepa cakap "kesian Baba menangis.." Borak-borak Iepa anak sulung den bersama adik-adik Firdaus dan #AnipPemalu.. Baba pasang telinga je pada masa itu.

Ayah bukan sahaja hilang ingatan malah buta matanya, kamilah anak-anak ayah yang menjadi 'mata' dan 'kakitangannya'.

Kerja kalau diikutkan tak akan pernah habis, sama-samalah bagi keutamaan kepada ibu dan bapa selagi hayat mereka ada.

#HaAyahKauTu 

#AnipPemalu #HaAyahKauTu




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Abah.. Tanya Mama, Mama nak madu tak?

Kah kah kah.. Salah tanyo, kena siku nanti. Hihihihi.

Haa, orang tua-tua memang suka amalkan minum madu ni. Sebaiknya satu sudu siang, satu sudu malam, 😉 campur dengan air masak pagi-pagi pun boleh.

Madu Delima #VigoryDerijaas
Harga: RM45 / 500g.

1. Cara Minum: Dua sudu madu delima pagi dan malam. Boleh diminum dengan air suam.
2. Boleh dipos di seluruh Malaysia.
3. COD: #Seremban #Nilai #Sendayan #Gadong #Labu #BandarAinsdale 

Boleh Di Hubungi Melalui Whatsapp:

Encik Apit: 012 645 9881.
Puan Intan: 012 521 5021.



Madu Delima De Rijaas.

Dihasilkan menggunakan campuran estrak buah delima dan madu lebah asli "De Rijaas" melalui proses yang amat berhati-hati bagi menjaga kualiti estrak delima dan madu asli dari sebarang pencemaran serta kehilangan khasiat dan nutrisi semulajadi.

Madu Delima De Rijaas amat baik untuk kesihatan kerana khasiat madu lebah asli dan estrak delima yang mengandungi anti oksidan yang tinggi seperti anthocyanin dan asid ellagik, asid gallic dan flavanoids seperti quercetin yang boleh melindungi anda daripada diabetik, sakit jantung, osteoarthritis dan pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara, prostat dan kulit.

Madu Delima De Rijaas juga mengandungi khasiat estrak delima yang memiliki kadar vitamin yang sangat tinggi seperti vitamin C untuk keperluan harian, vitamin K untuk membantu kesihatan tulang, vitamin B untuk membantu badan memproses protein , karbohidrat dan lemak. Selain dari itu estrak delima yang digunakan juga mengandungi Manganese, Fosforus, Magnasium, Kalsium, Zink dan zat Besi yang tinggi. Manakala kandungan lemak dan kolestrol dalam estrak delima adalah amat rendah.

Kesimpulannya untuk membantu menjaga kesihatan tubuh, amalkan pengambilan 2 sudu besar sehari Madu Delima De Rijaas atau boleh dibancuh bersama air suam. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Ingat madu... Pastikan De Rijaas.


=======================

Add Facebook Encik Apit atau FB chat messenger - klik sini!

Whatsapp Encik Apit - klik sini! 


Whatsapp Puan Intan - klik sini! 
 


#madudelima #maduasli #madutualang #madukelulut #lebahmadu #maduhutan #makanansunnah #purehoney #terapiinstagram #wehavehaveyo #pushdei #teammuncet #muncetglobal #intan_vigory #intanhanina #abvigory #Derijaas #negerisembilan #sayajual #sayaminumsayajual #bazaarpaknil masu asli, madu delima, madu straw, madu stick, madu muncet


#madudelima #maduasli #madutualang #madukelulut #lebahmadu #maduhutan #makanansunnah #purehoney #terapiinstagram #wehavehaveyo #pushdei #teammuncet #muncetglobal #intan_vigory #intanhanina #abvigory #Derijaas #negerisembilan #sayajual #sayaminumsayajual #bazaarpaknil masu asli, madu delima, madu straw, madu stick, madu muncet 

0 comments:

Post a Comment

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop