Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Penipuan scammer di internet - penipu online minta yuran pengaktifan, duit pending, duit lama syiling tembaga.

Saya ada Soalan - Blog. Betul ke tak ni? Betul ke kalau nak terima duit dari United Kingdom kita kena bayar tax supaya duit yang dia kirim dekat kita dapat diaktifkan. Please la balas, Emergency sangat ni. Sory i call you tadi.

Jawapan: Tiada istilah pending puan dan tiada istilah tax (cukai) untuk cash deposit.. So sekarang kena tipu la ni. Kena scam (skem).

SCAMMER tu!!

Jika dia nak bankin terus sahaja bank in, duit akan terus masuk ke akaun kita (duit floating/pending bila semak status di akaun kita yang berkenaan, BUKAN dapat status daripada email atau lain-lain)..
Itu adalah trick supaya kita mengdepositkan sejumlah wang kepada dia..
Jadi apa yang perlu puan buat sekarang sebab dia tengah desak puan konon untuk bayar tax kepada dia adalah:

1. Apa yang perlu buat ialah BUAT TAK TAHU JE!

Ini adalah permainan psikologi..

Mereka hanya mahu WANG YANG KITA DEPOSITKAN..

2. Nama dan nombor akaun macam mana? Sebab puan bagi dekat dia tadi. Jangan takut dia tidak boleh buat apa-apa.

Tiada apa-apa yang boleh mereka lakukan pada akaun puan..

Mereka tidak akan dapat menggodam akaun puan..

3. Saya pernah ceritakan modus operandi mereka di dalam blog (Sila rujuk link blog di komen pertama).
Sebenarnya duit pending itu tak wujud..

Jika nak transfer duit ke serata dunia tidak akan dikenakan tax..

Ejen itu pun sebenarnya tidak wujud..




4. Ni dia suruh puan bayar sebelum jam 12 malam sebab selepas 12 malam duit yang dia bank in tadi akan lesap (kononnya maybe bank ambik kot) kalau puan tak bayar for tax. Pekara ini akan membuatkan puan terdesak untuk membayar deposit.

Mereka cuma mahukan wang yang kita deposit..

Mereka akan buat kita supaya TERDESAK, supaya akan terdesak membuat deposit RM850.

Kita dah dikelabukan biji mata.. Mana ada orang nak bagi ribu-ribu wang dengan percuma dan senang hati.

5. Kebiasaannya tiada charge dikenakan kepada pihak kita, tiada deposit perlu dibuat jika mahu duit itu di transfer.. Sekiranya mereka mahu transfer duit dari UK (United Kingdom), mereka yang dikenakan charge oleh pihak bank/third party yang mereka gunakan..

Tentu puan rasa pelik kenapa beliau mahu beri 20,000 Dollar dengan hati senang. Kerana mereka ada agendanya..

Duit itu tidak wujud.. Ini adalah kaedah psychology..

Sebenarnya banyak jenis trick.. PUKAU adalah sinonim dengan gambaran ini..

Mohon block scammer itu, ini adalah jalan yang terbaik.

"You are my hero, rasa lega sekarang." Kata puan itu tadi.

Jika ada soalan, ajukan di ruang komen. Rakan yang lain boleh tolong jawabkan.
.
.
SHARE dan selamatkan rakan-rakan yang lain.

Kisah tersebut di Facebook : Klik di sini --> https://www.facebook.com/alibababujang/posts/Penipuan scammer di internet - Siri 4.

#APBPDI #ApitPemalu #ATAJL #NotaMuncet #HaWadehek

+++++++

Nota Muncet: Sekiranya anda mendapat ugutan kononnya daripada Ejen FBI (FBI agent), nama pun scammer (wadehek!) mana dia berani, JANGAN layan, block terus pun boleh, make it simple!
___________________________

Komen pilihan kisah PENIPUAN INTERNET anda boleh pergi post mr.m yang ini :- PENIPUAN DI INTERNET - Siri 1 #APBPDI 

-----------------------------------------

Kisah scammer Siri 3, anda boleh rujuk pos den yang ini (klik di sini): --> KISAH PENIPUAN DI INTERNET - Siri 3 #APBPDI 


-----------------------------------------

Kisah scammer anda boleh rujuk 'KOMEN' pos den yang ini (klik di sini): --> KISAH PENIPUAN DI INTERNET - Siri 2 #APBPDI 




Add Facebook Encik Apit atau FB chat messenger - klik sini!

Whatsapp Encik Apit - klik sini! 

 

73 comments

  1. Tepat dan betul!!! Semua itu scam..
    Baru jer ni terjadi pada saya..masih lagi duk melayan, saja nak layan kebodohan dia melalui whatsapp..hehe..ni semua gara gara saya post duit syiling lama untuk dijual..nak offer saya 500k! WOW!! Saya saje layankan..hehe.. Dia sruh saya ke atm/cdm bayar tax untuk aktifkan duit dari US tuu masuk ke akan saya..(ingat saya percaya ke!)

    So manusia di luar sana, berhati hati la dengan golongan penipu mcm nie.. Bahaya!
    Jangan kerana duit kita binasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan di atas perkongsian tuan..

      Delete
  2. Nk tanya , saya pun pernah berurusan dengan org mcm tu ( Coins Buyers ) , dia kata dia akan transfers duit tu dengan jumlah Rm30K kalau saya buat pembayaran verifecation pay , saya masetu memang excited sbb dpt duit banyak mcm tu ( Bagai Durian Runtuh ) dia mintak Rm600 , saya pun bank in duit kt maybank akaun orang malaysia ( Munirah Suhada ) , lepas saya dh bank in , dia ckp transaksi erorr sbb duit x cukup , dia mintak rm850 , lepastu saya rasa x sedap hati , saya pun buat la research pasal benda ni , rupa2nya saya kena tipu dgn bangsa sendiri kecewa nya saya �� tpi ini pengajaran untuk saya , saya nk berterima kasih untuk abg blog ini sebab bagi maklumat yg bermanfaat untuk kita semua , Nama ig : real_coin_buyer ( nama org putih tu JAMES DOUGLES , No Acc bank : 164230424427 Nama : Munirah Shuhada Maybank Sila berhati2 ye semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Terima kasih Tuan Icam Rare kerana sudi berkongsi, Pengajaran yang baik kita ambil. Kenapa orang sanggup menipu? kerana di situ ada peluang. Semoga pekara ini dijauhi daripada kita semua. Paling saya kasihan golongan warga emas di scam (ditipu).

      Delete
    2. saya juga sedang mengalami masalah yg sama, dan orang yang sama Nama ig : real_coin_buyer ( nama org putih tu JAMES DOUGLES , No Acc bank : 164230424427 Nama : Munirah Shuhada Maybank. bolehkah saya meminta wang saya kembali daripada pihak bank?

      Delete
    3. Puan boleh rujuk pihak bank secepat mungkin dan minta prosedurenya... Saya dulu pernah tersalah bankin di Bank Simpanan Nasional (BSN), Pihak bank mahukan surat rasmi dan resit menyatakan kita tersalah bankin.. Cubalah.

      Delete
  3. NASIB BAIK JUMPA WEBSITE NI. SKARANG NI DUK CHAT NGAN DIA LAGI SAJA MELAYAN.DIA TAWAR 180K TAPI PI BANK TAK KENA BAYAR APA PUN.TERIMA KASIH LA EDEN.NASIB BAIK TAK POS LAGI BARANG.JANGAN CAYA TAK PEMBELI KAT INTERNET.INGAT.TAPI SKARANG DAH BLOCK DIA NI DAH DALAM WASSUP.KITA MANA KENA BAYAR CUKAI, MEREKA YANG KENA.SKARANG NI BUAT TAK TAU JA KAT DIA.GAME OVER.I WIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah tuan khairul, kita tak perlu bayar apa-apa.. Jika kena permit import pun semasa kita nak pos disertakan sekali dengan invoice original... Jika mereka (scammer) nak bankin duit bankin sajalah (kita tak kena apa-apa cukai).. Selalunya mereka dari luar negara akan pilih transaksi "Charity",, tak kena cukai pun via online..

      Delete
    2. Admin Blog , boleh saya nk mintak no. whtapps sbb saya nk tahu cara dptkn balik duit yg kita bnk kt agent SCAMMER tu ?

      Delete
    3. Tuan Icam boleh Whatsapp saya di talian 012 6459 881. Terima kasih..

      Delete
  4. Kakak sy pun hampir trkena jugak. Mase tu 2 hari lepas baru terjadi. Dia kenal (Coin Buyer) Mr Anderson Anthony dari Australia kat instagram.siap tawarkan sbyk rm180k untuk syiling lama dan rm2 .walhal Dia pun cakap kalau nk aktifkan duit tu kena bayar fee rm550. Mase tu sy rse tak sedap hati dah. Sy suruh kakak sy cancel post tu dahlah letak alamat rumah kot. Takut jugak terjadi apa2kan.. Tapi kakak sy berdegil macam org tak waras. Sy makin risau so sy sndiri ws coin buyer tu. Dia suruh cepat g mesim ATM pastu msukkn byrn fee kat akaun maybank Mohammad, tp sy berdalih mcm2, lame kelamaan dia pun threat benda ni illegalah pastu ad kaitkan dgn FBI sbb dia xnak ada sbarang third parties. So sembang punya sembang. Sy xnk byr jugak. Pastu masuk no sesat dgn berbau threat nak sending kakak sy ke jail. Barulah kakak sy sedar, dia dah macam kena pukau. Sampai sanggup pergi pejabat post jalan kaki jauh2. Sampai rosak telefon dia disebabkan terpedaya sangat helah scammer ni. Apapun, mujurlah dia dah insaf. So sy blok no tu. N sekarang tak ada apa2 dh blaku. Jadikan kisah ini sbgai pengajaran. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Mereka scammer hanya mahukan wang deposit daripada kita, tiada istillah pukau, ianya mainan psikologi membuatkan diri mangsa tanpa berfikir panjang 'dikelabukan biji mata' kerana kononnya akan mendapat nilai keuntungan yang tinggi (yang tidak nyata). Nilai keuntungan itu sebenarnya tidak NYATA...

      Delete
  5. kalau kita suruh die bayar pakai cek.. adakah susah cara untuk menunaikannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya kita tidak perlu berurusan lagi dengan scammer, block terus. Kita patut kenal pasti siapa pelanggan kita dan tentukan kaedah pembayaran. Walaupun apa kaedah pembayaran, si scammer pasti mahukan duit deposit daripada kita..

      Sama ada cek caranya tidaklah susah mana, jika mereka hantar cek kepada kita, cuma perlu ke bank dan clearkan cek itu.. Masuk check deposit mesin, pemilik akaun haruslah sama atas nama tertulis pada check. Tuan/puan boleh ikuti post yang ini --> http://kinihidupmati.blogspot.com/2017/09/soalan-soalan-lazim-faq-blog-kini-hidup.html

      Delete
  6. Ade seorg old coin buyer from US nak beli dengan sy duit lame , RM 40,000 .. dia transfer duit dkt acc sy nthen dia suruh sy buat payment activation fee RM 650 dekat activist mlaysia .. dia transfer melalui bank of america.. sy tk thu pulak kena bayar , nthen sy ckp sy tkde duit nk byr , dia ugut sy , dia ckp nk report dekat International FBI klu tk buat payment .. pstu ade activist chat sy sruh sy buat payment .. ini betul or scam ? Please help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pengamatan saya itu adalah scammer, ugutan adalah satu jenayah, mereka ugut supaya kita terdesak untuk membuat bayaran deposit/pengaktifan.. Sila block mereka.

      Delete
  7. Nthen activist tu ckp , acc bank sy akn diblok kalau sy xbuat payment at the time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. And then,ape awak buat? Sebab saya pon dah kena mcm awak ni. Dia hantar receipt yg dah tulis successful transfer kt kita. Tapi sy tkde duit nk byr fee tu

      Delete
    2. Saya hampir d tipu la ni..pembeli duit tu ckp dia da trnsfer duit..tapi nak byran fee utk mndptkn wang tersebut..but the smetime..status pgiriman wang is pending..jika saya x mbuat pmbyrn adakah mereka akan buat tindakan..takut la

      Delete
  8. ohh my god saya skit kena tadi .. org tu paksa bankin haha last2 saya block

    ReplyDelete
    Replies
    1. Block scammer, itu adalah jalan terbaik..

      Delete
  9. Saya nak tanya yuran penfaktifan tu memang betul2 ada ke? Pastu ade ke activist manager?..... katenye activist manager tu org malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul, sebenarnya no akaun itulah SCAMMER punya!

      Delete
  10. Macam mana dengan ugutan dia ada pergawai fbi bagai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun tak betul, ugutan adalah satu jenayah, mereka ugut supaya kita terdesak untuk membuat bayaran deposit/pengaktifan tanpa berfikir panjang.. Sila block mereka.

      Delete
    2. Sy juga terkena sekarang. Sy sedang dalam tempoh nak move on... sbb byk betul kerugian saya. Terkini, sy dapat lagi email dari wellsfargo839@gmail.com yg kononnya sy akan kena penjara seumur hidup atas sebab menipu pembeli Hazim Mahmoud. Dan sy pernah kena ugut iaitu dia akan upah gangster malaysia utk apa2kan sy dan kluarga sy.

      Sy pernah text dia balik, biar sy post saja duit lama ni,,sbb sy dah x pduli 730k tu sy dapat atau x. Tapi dia masi degil ckp dia xnak bazirkan duit 730k dia tu...

      Delete
    3. anonymous: Biasalah tu, trick skemmer nak duit juga. Jangan layan..

      Delete
  11. Saya sedang terjadi sekarang...saya dah terbagi numbr akaun n nama saya kat buyer old coin tu.so saya ada cakap saya akan post if duit tu betul2 dah ada dlm akaun (no pending).kalau dah terbagi detail akaun kita, berkemungkinana akan jadi apa2 tak kat akaun bank tu. risau gak kot2 dia trace/do something bukan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, nama pun skemmer (penipu), mereka akan gunakan identiti kita untuk menipu orang lain ATAU meyakinkan pihak (mangsa)yang akan scammer tipu pula. Seeloknya buat laporan polis.

      Delete
  12. Saya sekarang pun sedang melayan scamer ni yg gelaran nya steven.tak logik akal menawarkan syiling lama pada harga yang tinggi.kononya kena fee untuk activist account..lawak sekarang ni zaman digital transaksi boleh dilakukan dgn byk cr.di zaman crytpo curency lagi mudah.di mana badan yg sepatutnya bertindak buat siasatan dan.mencari siapakah dalangnya org malaysia yg terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilik nombor akaun itu adalah sebenarnya Scammer besar...

      Delete
  13. Ya Allah saya ditipu hazim mahmoud.. Berani dia bermain dgn na Allah... Saya ditipu sebanyak rm5150... Ya Allah menyesal saya bank in.. Ya Allah saya mampu nangis je sekarang ni.. Tq bagi info.. Tq sngt2.. X sangka bangsa sendiri menipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun hampir terkena dengan hazim tu..dia nak beli duit lama saya..dia tawarkan dalam 20k usd..hahaha..teruz saya syak..kalau dia nak beli rm100..saya munkin akan percaya..tapi saya layankan je dia tu..wasap punya wasap.saya bagi no akaun palsu dan nama palsu.pastu dia kata dah transfer duit kat saya.tapi duit pending..sebab saya kena bayar tax dekat america bank.dia suruh saya bank in rm500 dekat akaun maybank bernama norsriewana razali..saya layan je lagi. saya kata duit saya x cukup..hanya ada rm200..dia setuju bayar rm200 je..hahahah..nampak sangat terdesak..x lama tu..saya pun saya copy resit kat google.resitb bank in maybank..saya sent kat dia..dia marah saya..kata saya tipu.mainkan dia..bila saya bagitau dia..yang saya tau dia scammer.dan akaun saya bagi tu saya hentam je..trus dia block saya..hahahahha

      Delete
    2. Sudah nama pun scammer (penipu) buat apa pun sanggup (penunggang agama)dan pemilik nombor akaun tu adalah sacmmer sebenar.

      Delete
  14. SH OUTLET , DUNGUN
    https://www.instagram.com/sh.outlet/

    Nombor telefon: 0168001750
    0168001953
    Penjual scammer barang tiruan tak berkualiti
    016-8001750
    016-8001953

    ReplyDelete
  15. saya pun hampir terkena dengan hazim tu..dia nak beli duit lama saya..dia tawarkan dalam 20k usd..hahaha..teruz saya syak..kalau dia nak beli rm100..saya munkin akan percaya..tapi saya layankan je dia tu..wasap punya wasap.saya bagi no akaun palsu dan nama palsu.pastu dia kata dah transfer duit kat saya.tapi duit pending..sebab saya kena bayar tax dekat america bank.dia suruh saya bank in rm500 dekat akaun maybank bernama norsriewana razali..saya layan je lagi. saya kata duit saya x cukup..hanya ada rm200..dia setuju bayar rm200 je..hahahah..nampak sangat terdesak..x lama tu..saya pun saya copy resit kat google.resitb bank in maybank..saya sent kat dia..dia marah saya..kata saya tipu.mainkan dia..bila saya bagitau dia..yang saya tau dia scammer.dan akaun saya bagi tu saya hentam je..trus dia block saya..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usash lagi kelabu biji mata dengan benda yang tidak nyata, janji bulan bintang..

      Delete
  16. Saya ade kena juga tengah chat skrg dia sruh byr rm550 tpi gmbr melayu ade post gmbr ank bini rsanya tu scam jugk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan rasa, memang modus operandi yang sama.. pemilik nombor akaun adalah SCAMMER sebenar..

      Delete
  17. Syaa takut sbb org tu ugut nak report sbb sya x nk byr activate international fund..sbb duit tu pending .nak kena byr bru duit msuk dlm acc ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah kaji tau..sebab semua post dia adalah duit lama malaysia..dia nak tipu saya..saya yang permainkan dia..

      Delete
    2. Kenapa nak takut, mereka seorang scammer pun seorang yang penakut, menipu orang .. Jangan takut, melawanlah!

      Delete
  18. Sy pon byk kli kne dorg mntak activation fee pstu mntk no kad bank dpn blk g n no pin skli..fbi ade whatsapp sy ckp yg kalo deal ngn individual semua tpu. Kne deal ngn yg ade approved company saje..t0 kne baya jugak activation fee tu.. pelik. Ke fbi 2x5 jugak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama mereka tu, kerja kumpulan.. Block sahajo..

      Delete
  19. Sy dh terkena..rm470...mereka tawarkan harga rm180k utk membeli syiling lama..dari syarikat littlecoin...sekeping rm20k..mulanya kena byar utk aktif fee...bila dh succesful dy suruh bayar utk insuran plak sebnyak rm600... Sy dh check no acc yg sy bankin dgn ccid..no acc tu dh ada rekod dgn polis....allahu..nasib sy cepat sedar...

    ReplyDelete
  20. Saya ada juga menjual duit lama, rm2. Then, dia contact dah deal semua (at the same time saya tak ada pun percaya sangat) . Dia letak harga rm8k . Saya saja lah layankan . Then kena bayar bla bla bla . Saya cakap lah dia menipu . Dia boleh cakap saya stupid �� haisy . Then dia boleh cakap "u lie , may Allah bless you" . Guna nama Allah pula adoi . Tak tahan ���� then saya block malas layan

    ReplyDelete
  21. saya pun kena..dia suruh bayar 550 untuk aktifkan yuran pendaftaran..dari UNITED STATED

    ReplyDelete
  22. name ig james edward.dia minta num ws sy tapi sy tak bg sy cakap xde app tu.chat kt ig je..bila saya ckap dia penipu dia ckap sy nak bawa lari duit dia.dia cakap dia nk beli duit lama malaysia dengan harga yang tiggi ..dia nak bayr saya 10000 usd.memang dari awal lagi saya x caye tapi sy follow jgk dia..sebab sebelum tu sy ada check kt google pasal ni.tu saya x percaya tu.pastu dia duk tekan2 saya suruh masuk 550 dalam akaun saya untuk bayar yuran tu.saya x buat pun.saya caskap saya xde duit..number akaun saya dia ada ambik,,so dia boleh buat ape2 x dengan akaun bank saya.kalau lepas ni saya nak bank in duit dalam akaun saya macam mana?adakah dia akan ambil duit saya? mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  23. Saya dah terkena.mula mula kena bayar 500 ringgit .lepastu 1380 ringgit and last 2100 . Terima kasih tuan blog kalau tidak saya rasa takut semua ada sebab ada nombor tak kenal dri luar negara whatsapp saya nk masukkan saya kedalam jail selama 21 tahun . Ini jadi pengajaran buat saya kerana terlalu prcaya dan seronok nak dapat duit .boleh tak share cara nak dpatkan balik duit itu?

    ReplyDelete
  24. saya baru sahaja semalam hampir terkena dan memang orang tu akan mendesak anda..dia akan kata yg dia nak buat report polis atau fbi interpol konon..tpi syukur kawan kakak sya kata sya hanya perlu relax dan block orang itu..Orang yg nak dia di bayar deposit akan pelan2 ambil kepercayaan anda, jgn tertipu..dia juga akan bagi resit kononnya orang lain pernah membayar deposit kepada mana2 bank contohnya maybank.Saya harap semua dpt jadikan ini teladan..sya hanya remaja yg tdk tau apa2..mmng semua remaja akan ikut semua ckp org jika di berikan duit yg banyak..tpi jgn tertipu!..

    ReplyDelete
  25. ni perbualan sy dgn org tu xpi xckp kne byr tax ,deposite dan sebagainya leh caye ke?

    [13/05,[13/05, 5:26 p.m.] ‪: I want you to understand this👇

    First...I will bank in the money to you first and you assure me of posting the item after you get you receive my money in your account

    Second...Dealing with me No cheat,no lies

    Lastly...This deal will be monitored by the FBI through your bank account details so there is no way anyone can cheat 👌


    [13/05, 7:06 p.m.] 🐱🐾CAT LOVER: ok i accept...

    but

    I would like to ask some question when sending your money to my account whether I will be charged such as fees, activation fees, deposit, money pending or tax?


    7:14 p.m: No
    [13/05, 7:14 p.m‬: You only need to pay the exchange rate fee
    [13/05, 7:15 p.m.: For convertion of the US dollars to ringgit Malaysia

    ReplyDelete
  26. Ada Yang kata nak buat laporan polis FBI Dan FBI akan tangkap macam mana tu?

    ReplyDelete
  27. saya pun dah kena tadi . tapi nasib baik saya x transfer lagi .Dia kata dia nak beli brg yang saya jual kt carousell tu . saya pn okay la ,dh bg email dengan acc bank smua . dia bg la receippt yg dia dh transfer . barang saya jual 57 tp dy transfer 500 . saya pun dh start pelik , tp check kt bank xd . bila baca balik ..dia kata pihak bank barclays sana mintak kita kena refund dulu balance tu baru duit 500 tu ada dlm acoount kita ,.. betul ke smua tu ????

    ReplyDelete
  28. Nasibb baikk tak kena hahaha

    ReplyDelete
  29. Nasibb baikk tak kena hahaha

    ReplyDelete
  30. Hi tdi pembeli wang lama ugut saya yg dia akn buat report polis dan fbi..sbb drg dibawah syarikat kerajaan..saya takut dan x layan..sbb masa first dia suruh bayar fee rm200 lepas tu dia ckp pending wang x mncukupi utk masuk ke akaun sya rm6000 then dia suruh tmbah lgi rm300 tpi sya x nak tpi dlm masa yg sama sya takut dia report polis..tlg bagi pencerahan

    ReplyDelete
  31. terima kasih tuan
    kerana saya telah membaca blog tuan

    ReplyDelete
  32. Excuse me.. sy ada juga kna tu tapi sy tak buat fee tu.. then tba tba ada fbi chat sy.. dia akan arrest sy.. kata dia.. sy rasa takut juga.. sbb mcm real pula.. sy tak tahu nak buat apa.. sy diam jh tak balas pum chat dia.. tolong bantu..

    ReplyDelete
  33. Ada pengalaman juga. Tapi kalau dia dh shiw resit yg dia dh bank in duit 140000 ke acc tertera nama kita. Kononnya guna international American bank lah. Lepastu minta 400 utk activation. Selagi tak bank in, transaksi tak jadi. Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  34. Sy pun tkut jugak nie.. Dia ckp dia dh wat report kt fbi..sok akan ditahan. Btul ker..sdgkan sy xtrima duit dr dia.. Tp dia yg ambik duit dr rs rm1000.. 😭

    ReplyDelete
  35. saya tak pasti solomon anderson tu scammer atau tidak. jumpa di ig, sbb dia cuba yakin saya bahawa dia bkn scammer.. sekarang dia tgh tunggu untuk sy buat yuran pembayran rm300 atas nama aktivis atas nama khairun. tu yg research terus jumpa blok ni. terus jadi was2. masalahnya dia siap screen shot resit tu. dia kata dia tak tipu. dia ada family yang dia sayang dan dia takkan menipu. mcm mn tu.

    ReplyDelete
  36. Macam mana saya nak dapatkan balik duit saya ? Saya dah bank in rm1500 katanya untuk international connectivity . Lepastu banker dia whatsapp saya Dan suruh saya Bayar rm1500 Lagi untuk online transaction . Sesiapa boleh Bantu saya

    ReplyDelete
  37. Sy Pon baru terkena dgn scammer bangsat ni td mlm.sy iklankan bengkung kt mudah.tup2 x smp beberapa jam Ada 3 msj masuk konon berminat dgn brg sy.so wsp la dia.buyer tu semua Dr oversea konon nk belikn bengkung utk sepupu la kwn la kt malaysia.sgup tu byr postage mhl2.puihh����
    Tp Ada sorg scammer tu sy igt org Malaysia sbb dia speaking.mana taw Chinese ke Indian ke tp mat Saleh rupanya.so sy mcm percaya la dn berlaku la urusan jual beli.ok sy Pon dah terbagi no akaun.pastu dia ckp nk emel pulak sy dah syak.ntah saitan apa yg dok bisik sy Pon dah terbagi gak almt emel.x lama pastu dia wsp da transfer duit tp pending jgk sbb dia terover transfer rm855 padahal brg sy rm55 je.dala English ke laut nk taip Pon kena English jgk.then dia terus push Dan push sy suruh refund blk rm800 tu.cuak jgk sy bila dia kata klu x refund blk dia nk report polis.dia kata lg perbualan sy dgn dia tgh dipantau polis interpol.gile ke apa.aduh Makin la sy cuak����.dah terbayang je anak2 klu betol kena tgkp��
    Pastu dia byk Kali kol suruh refund duit dia tp kt akaun perempuan lain.lps berfikir secara waras,sy dah Mula geram ni sy wsp dia blk yg sy dah buat report polis.dia marah x puas hati Dan sy cepat2 block no dia.skrg ni rasa mcm nk buat report betul2 la����
    Tuan rasa dia boleh apa2kan sy x����

    ReplyDelete
  38. Salam.. Ade scammer ws saya mintak id card untuk pengesahan bank katanya. Then dia cakap kalau tak kasi, Dia nak report FBI sebab saya tipu dia tak kasi duit lama. Padahal saya dah bayar fees yang dia mintak haritu. Saya ignore lepas saya cakap sayadah takda duit nak transfer but suddenly harini muncul lagi mintak gambar id card.

    ReplyDelete
  39. Salam.. Ade scammer ws saya mintak id card untuk pengesahan bank katanya. Then dia cakap kalau tak kasi, Dia nak report FBI sebab saya tipu dia tak kasi duit lama. Padahal saya dah bayar fees yang dia mintak haritu. Saya ignore lepas saya cakap sayadah takda duit nak transfer but suddenly harini muncul lagi mintak gambar id card.

    ReplyDelete
  40. saya pun terkena jugak, agak haru lah 21k rugi. scammer old coin dkt ig, saya percaya sebab tgk feeds dia. bila berurusan dgn dia siap bg gbr passport dia, itu yg saya percaya. lepastu dah byk kali bank in ni ttba rasa tak sedap hati. untuk pengetahun korang, dia tawarkan 120k, aku pun on jelah, byk tuh and semua fee aku kena byr adalah 21k, and td dia demand lg 10k, kata untuk operator settlement fee. siot ah org ni. aku dah chat dia pesemua kata dia ni scammer, and aku kata aku tanak bayar and dia ugut siap hantar gbr persetujuan polis diraja malaysia dgn fraud apetah lol. aku fedup, aku ckp aku bank in esok lah lepastu terus block jelah. pape pun redha jelah so kalau pasnih dia send threat guna email, haih tak thulh

    ReplyDelete
  41. Uihhh ramai nau yg kena scam rupanya
    Yang lagi pelik berapa ramai buyer amerika yg gilakan duit lama kita kan??? ?
    Saya baru je rasa nak lompat pasal ada tawaran nak beli sekeping syiling rm1 je harga 4000usd
    Siap ajau saya suruh bayar rm650 kat maybank sebab duit yg dia transfer akan pending.
    Cara dia cakap memang teror la boleh pecaya kita.
    Terima kasih lah blog ni buatkan saya yakin saya tak perlu melompat gembira hari. Ni. Scammer everywhere.

    ReplyDelete
  42. Uihhh ramai nau yg kena scam rupanya
    Yang lagi pelik berapa ramai buyer amerika yg gilakan duit lama kita kan??? ?
    Saya baru je rasa nak lompat pasal ada tawaran nak beli sekeping syiling rm1 je harga 4000usd
    Siap ajau saya suruh bayar rm650 kat maybank sebab duit yg dia transfer akan pending.
    Cara dia cakap memang teror la boleh pecaya kita.
    Terima kasih lah blog ni buatkan saya yakin saya tak perlu melompat gembira hari. Ni. Scammer everywhere.

    ReplyDelete
  43. Nseb baik sy jmpa blog ni..sy bru ja terkena..rm4k lesap cmtu ja..ni dy mtk lg kta last fee..klu sy xbyr dy nk report fbi mai tgkp sy n family..sy slp p bg id sy...sy betoi2 percaya dy sbb dy tunjuk pasport dy..dy col sy byk kli..mcm2 nk kna byr..bla sy kta klu nk duit lma ni byr la smua fee..dy kta xbole..mcm mna sy nk bt ni..dy nk report fbi..n mcm mna nk dptkn duit tu blik..tolong la sya..

    ReplyDelete
  44. Saya dh pun byr rm800 dkt org tu . Tp dia kata x ckup la apa la . Then saya kata saya dh thu dia scammer . Esknya ad ws yg Nama ws nya kononnya bank of America kata saya akn ditahan kalau x byr duit tu . Then buyer tu pon kata la kes ni kna handle oleh FBI la apa. Adkh tu tipu jgk?. Tp skrg saya dah pun block dua ii ws yg berknaan.

    ReplyDelete

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).