Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Cara tunaikan cek dari bank tempatan/local bank ke akaun sendiri- episod 2

Disini den nak kongsikan cara tunaikan cek dari bank tempatan/local bank ke akaun sendiri.
(Nota Muncet: Sila pastikan nama pada cek dan nama akaun yang ingin di tunaikan cek itu adalah SAMA)
.
Ianya tidaklah sesukar Bagaimana Nak CLEARKAN Check dari LUAR NEGARA.
.
Caranya teramat mudah berbanding tahun-tahun kebelakangan (dedulu masuk dalam envelop-tulis detail, rumit). kebanyakan bank tidak menggunakan cara begini lagi (dah canggih start tahun 2015 hehe)..
.
Cara-caranya ialah:-
1) Bawa cek (local cek/cek tempatan sahaja) anda ke bank yang mempunyai akaun ANDA (nama pada cek dan akaun bank yang hendak dibankin hendaklah sama).
.
2) Pergi ke Check Deposit Machine bank tersebut, dan masukan Nombor AKAUN anda. (Cek TAK KIRA dari bank APAPUN, PASTIKAN Check Deposit Machine bank yang ANDA pilih ada AKAUN anda).
.
3) Pastikan NAMA dan nombor AKAUN adalah betul, setelah pasti betul masukan jumlah WANG yang tertera pado cek tersebut..
.
4) Masukan cek anda kedalam mesin Check deposit, cek anda akan diSCAN. Tunggu sehingga resit keluar (siap gambar cek anda setelah di SCAN)..
.
5) Anda perlu menunggu SEHINGGA 3 hari (waktu bekerja) untuk anda mendapatkan TUNAI (dalam akaun akan ada status "floating/suspended- status ini hanya boleh dilihat jika anda boleh cek akaun anda secaro online).
.___________________________________________

-Cek di atas den dapek sobab dah kojo kilang lobih sepuluh tahun.. Kiro macam penghargaan la..
Tapi jangan lupo, penghargaan daripado manusio tidak akan kekal lamo.. he
.____________________________________
.
Sekiranya ANDA ingin CLEARKAN cek dari luar negaro, anda bulehla ikuti -->Nak CLEARKAN Check dari LUAR NEGARA.

20 comments

  1. Kalau cek atas nama saya tetapi termasuk Akaun lain(ibu saya).APA yang perlu saya lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan hakimi boleh pergi kebank berkenaan dimana cek itu dimasukan,

      kebiasaannya pihak bank akan menghubungi tuan, namun disarankan tuan pergi ke pihak bank yang berkenaan untuk tindakan seterusnya.

      Jika cek atas nama tuan SEHARUSnya cek harus ditunaikan pada akaun yang tertera pada cek (bukan pada pihak lain)..

      semoga membantu..

      Delete
  2. If company cek to recv my acc to settle of payment ..how ...can use 2 acc for 1 times

    ReplyDelete
    Replies
    1. Name of cek must be the same as the account holder name. Jika tuan/puan ingin membayar gunakan cek, sila isi nama penerima pada cek (atau nama company), tuan/puan semestinya perlu ada akaun semasa (sekali dengan buku cek).

      Sekiranya puan tiada akaun semasa, tuan/puan boleh buat 'bank draft' (also called a bank cheque, is like asking a bank to write a cheque for you).

      Bermakna pihak bank akan 'Buatkan' tuan/puan satu cek atas nama 'penerima' yang dicadangkan. Kadar upah untuk membuat bank draft sila rujuk bank yang berkenaan (bank yang dipilih).

      Delete
  3. Ok... klu sya bnk in kan cheque tu lpas 4 pm, agak2 bila sya blh dpt.. tp hong leong bnk la.. bnk yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasannya cek tuan akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja, setakat ini bank CIMB paling cepat dalam masa dua hari waktu bekerja. Apa yang saya amati adalah pihak bank akan kutip cek-cek pada check deposit machine sekitar pukul 3 petang..

      Delete
  4. Hai. Jadii maknanya walau check saya dari maybank. Saya boleh guna check deposit machine dari Cawangan CIMB lah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cik puan Vie, cek daripada bank apapun boleh jika cik Puan ada akaun CIMB boleh guna mesin cek deposit CIMB...

      Delete
  5. contoh kalau saya pakai chq pbb tapi nak bank in ke maybank atau hlb , bole bank in dkt cawangan / mesin pbb ke..JANJI PILIH CHEQUE DEPOSIT MACHINE KE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cek PBB ke --> maybank (pemilik akaun Maybank harus sama dengan nama yang tertera di cek).

      Pilih cek deposit mesin akaun bank yang tuan/puan miliki, contoh:

      Cek dari PBB ---> Boleh clearkan cek PBB pada mana-mana akaun bank yang tuan/puan miliki, sekiranya tuan/puan ada akaun maybank, cek itu boleh di clearkan pada cek deposit mesin di bank Maybank. Sekiranya tuan/puan ada akaun CIMB, boleh clearkan pada cek deposit di bank CIMB (pastikan nama pada cek dan akaun di bank di miliki orang yang sama).

      Delete
  6. Adakah pihak bank akan menghbungi kita sebelum duit masuk kdlm account?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak bank tidak akan menghubungi kita, Tuan/puan boleh cek akaun secara online untuk mengetahui status duit (jika status floating, masih belum dimasukan).

      Delete
    2. status active je . Pihak bank ada call, bila call balik plnggan service kata pihak mereka akan call kembali . sebab hampir 1week duit tak masuk2

      Delete
    3. Bagaimana status akaun tuan/puan? sekiranya pihak bank ada call pasti ada sesuatu yang tak kena pada cek tersebut..

      Delete
  7. as salam encik , saya nak tanya ni , ada customer ni dari amerika nak beli barang dengan saya dan dia telahpun tarnsfer duit ke bank saya tapi saya kene bayar sejumlah rm yang besar baru dapat duit tu dan saya telah bayar tapi takde apa2, kenapa macam ni ? perluka saya bayar fee tu sedangkan saya yang nak terima duit tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah scammer cik puan, tak perlu bayar apa-apa jika customer itu nak membuat pembayaran bayar saja terus ke akaun kita.. Cik puan tak perlu membayar apa-apa deposit atau cengkeram.

      Delete

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).