Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Contoh perbuatan menipu dan berbohong seorang scammer.. Entahlah!


Orang penipu ni macam-macam cara, aku minta sangat-sangat kepada kawan kat Malaysia ni jangan terpedaya dan jangan terpengaruh dengan janji manismu (Aishah), katanya nak beli barang tapi bayar lebih, pergh ini suma poyo... Aku bebeberapa hari ni, aisey gagap la plak. Okey, aku berapa hari ni ada dapat Whatsapp dari seorang lelaki dari U.S.A katanya nak beli duit syiling lama dengan aku,aku pun bagi la gambar syiling lama tu, sebab aku memang ada jual pun, tapi tak banyak la ada tinggal 3 keping je, pastu aku tanya mana dapat no phone saya dan mana tahu saya jual duit lama? Dia cakap dari company dia.

Aku tanya lagi apa nama company dia? nama company dia Gungenham Muzium New York, dari situ aku dah tau dia nak tipu aku, sebab bila masa plak aku berurusan dengan muzium, lepas tu aku tanya la lelaki U.S.A tu harga terpulang pada dia, jadi dia pun bagi harga, katanya sanggup bayar RM49 ribu untuk 3 keping, hahaha..lagi gomar (suka), padahal harga syiling tu tak sampai pun seratus.


Jadi aku pun kata la ok deal, lepas tu dia minta no akaun aku, aku pun bagi la no Maybank aku, apa nak risau bukan no pin pun, lepastu lelaki U.S.A tu kata dalam 5 minit dia akan transfer and sending money to Western Union,

Okey, lepas 5 minit tu dia Whatsapp aku balik, dia kata dah kirim duit siap tunjuk resit lagi, aku pun teruja la sekejap, ye la 49k tu... Sape nak bagi, tapi tu la pasal, dalam-dalam teruja tu satu je aku tak berkenan, nak tau apa? lelaki U.S.A tu suruh aku bayar RM350 dan RM54 untuk aku dapat keluar kan duit tu untuk pengurusan dan juga duit tu aku akan dapat keluarkan dalam tempoh 72 jam melalui Western Union di Maybank, rasa macam nak gelak je, tak pe la aku nak juga gelak, Hahaha.. Hahaha... Kepala hotak dia berjambul kata Ahmad Nisfu, dia ingat aku bodoh? Dia tak tau kepala hotak aku cam Abdul Wahub, mana ada Maybank guna Western Union sekarang, kalau dulu ye la, sekarang Maybank guna money gram.

Lagi satu kalau betul kirim pembayaran melalui Western Union, mesti kena ada nombor MTCN (Money Transfer Control Number), bila minta nombor MTCN, pandai pulak nak marah-marah aku dan paksa bayar, last-last aku cakap dan bagi sekolah kat dia no money no talk and deal cancel, hari ni kau dapat tipu orang, tapi kau ada pikir tak lepas kau tipu orang apa yang terjadi dengan kehidupan kau selepas itu, kau rasa tenang ke tidak? dah tu terus dia senyap.

Dalam kes aku ni, aku nak pesan kat kawan-kawan, jangan mudah percaya dan teruja dengan pembeli dari luar negara dan jangan teruja sangat dengan duit harga barangan yang dijanjikan. Itu semua poyo... Begitu juga dengan pinjaman wang berlesen, minta transfer duit, konon untuk pengurusan pinjaman dan lawyer, padahal nak menipu duit orang, so hati-hati la kawan-kawan ye, apa-apa hal siasat dulu, aku bagitau bukan apa, sebab hampir terkena dan sudah terkena. Okey, sekian terima kasih, apa-apa hal boleh whatsaap aku 013 6811 475 (Bob), aku boleh tunjuk resit penipuan yang lelaki U.S.A tu bagi, tapi kalau setakat Whatsapp nak menipu aku, baik tak payah la ye... Okey! assalammualaikum...
.

-Bob Pemalu-  
#APBPDI

------------------------------------

1. Sekiranya ANDA ingin CLEARKAN cek dari luar negaro, anda bulehla ikuti klik link ini-->Nak CLEARKAN Check dari LUAR NEGARA.

___________________________



2. Cara tunaikan cek dari bank tempatan/local bank ke akaun sendiri- Episod 2 Klik di sini --> Tunaikan Cek Tempatan.  



____________________________


3. Komen pilihan kisah PENIPUAN INTERNET anda boleh pergi post mr.m yang ini :- PENIPUAN DI INTERNET - Siri 1 #APBPDI 


-----------------------------------------
4. Kisah scammer anda boleh rujuk 'KOMEN' pos den yang ini (klik di sini): --> KISAH PENIPUAN DI INTERNET - Siri 2 #APBPDI 


___________________


5. Kisah penipuan di internet sila rujuk post yang ini (klik di sini) --> Penipuan scammer di internet - penipu online minta yuran pengaktifan, duit pending, duit lama syiling tembaga.


#KiniHidupMati #KiniHidupMati.  

1 comments

  1. Kalau dah terkena macam mana.. huhuhu beribu dah duit melayang..

    ReplyDelete

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop