Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Cara tunaikan cek dari bank tempatan/local bank ke akaun sendiri- episod 2

Disini den nak kongsikan cara tunaikan cek dari bank tempatan/local bank ke akaun sendiri.
(Nota Muncet: Sila pastikan nama pada cek dan nama akaun yang ingin di tunaikan cek itu adalah SAMA)
.
Ianya tidaklah sesukar Bagaimana Nak CLEARKAN Check dari LUAR NEGARA.
.
Caranya teramat mudah berbanding tahun-tahun kebelakangan (dedulu masuk dalam envelop-tulis detail, rumit). kebanyakan bank tidak menggunakan cara begini lagi (dah canggih start tahun 2015 hehe)..
.
Cara-caranya ialah:-
1) Bawa cek (local cek/cek tempatan sahaja) anda ke bank yang mempunyai akaun ANDA (nama pada cek dan akaun bank yang hendak dibankin hendaklah sama).
.
2) Pergi ke Check Deposit Machine bank tersebut, dan masukan Nombor AKAUN anda. (Cek TAK KIRA dari bank APAPUN, PASTIKAN Check Deposit Machine bank yang ANDA pilih ada AKAUN anda).
.
3) Pastikan NAMA dan nombor AKAUN adalah betul, setelah pasti betul masukan jumlah WANG yang tertera pado cek tersebut..
.
4) Masukan cek anda kedalam mesin Check deposit, cek anda akan diSCAN. Tunggu sehingga resit keluar (siap gambar cek anda setelah di SCAN)..
.
5) Anda perlu menunggu SEHINGGA 3 hari (waktu bekerja) untuk anda mendapatkan TUNAI (dalam akaun akan ada status "floating/suspended- status ini hanya boleh dilihat jika anda boleh cek akaun anda secaro online).
.______________________

-Cek di atas den dapek sobab dah kojo kilang lobih sepuluh tahun.. Kiro macam penghargaan la..
Tapi jangan lupo, penghargaan daripado manusio tidak akan kekal lamo.. He
.
______________________
.
Sekiranya ANDA ingin CLEARKAN cek dari luar negaro, anda bulehla ikuti klik link ini-- Nak CLEARKAN Check dari LUAR NEGARA.

________________________________

Komen pilihan kisah PENIPUAN INTERNET anda boleh pergi post mr.m yang ini :- PENIPUAN DI INTERNET - Siri 1 #APBPDI 

-----------------------------------------

Kisah scammer anda boleh rujuk 'KOMEN' pos den yang ini (klik di sini): -- KISAH PENIPUAN DI INTERNET - Siri 2 #APBPDI 


_______________________________

Kisah penipuan di internet sila rujuk post yang ini (klik di sini) -- Penipuan scammer di internet - penipu online minta yuran pengaktifan, duit pending, duit lama syiling tembaga.

32 comments

  1. Kalau cek atas nama saya tetapi termasuk Akaun lain(ibu saya).APA yang perlu saya lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan hakimi boleh pergi kebank berkenaan dimana cek itu dimasukan,

      kebiasaannya pihak bank akan menghubungi tuan, namun disarankan tuan pergi ke pihak bank yang berkenaan untuk tindakan seterusnya.

      Jika cek atas nama tuan SEHARUSnya cek harus ditunaikan pada akaun yang tertera pada cek (bukan pada pihak lain)..

      semoga membantu..

      Delete
  2. If company cek to recv my acc to settle of payment ..how ...can use 2 acc for 1 times

    ReplyDelete
    Replies
    1. Name of cek must be the same as the account holder name. Jika tuan/puan ingin membayar gunakan cek, sila isi nama penerima pada cek (atau nama company), tuan/puan semestinya perlu ada akaun semasa (sekali dengan buku cek).

      Sekiranya puan tiada akaun semasa, tuan/puan boleh buat 'bank draft' (also called a bank cheque, is like asking a bank to write a cheque for you).

      Bermakna pihak bank akan 'Buatkan' tuan/puan satu cek atas nama 'penerima' yang dicadangkan. Kadar upah untuk membuat bank draft sila rujuk bank yang berkenaan (bank yang dipilih).

      Delete
  3. Ok... klu sya bnk in kan cheque tu lpas 4 pm, agak2 bila sya blh dpt.. tp hong leong bnk la.. bnk yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasannya cek tuan akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja, setakat ini bank CIMB paling cepat dalam masa dua hari waktu bekerja. Apa yang saya amati adalah pihak bank akan kutip cek-cek pada check deposit machine sekitar pukul 3 petang..

      Delete
  4. Hai. Jadii maknanya walau check saya dari maybank. Saya boleh guna check deposit machine dari Cawangan CIMB lah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cik puan Vie, cek daripada bank apapun boleh jika cik Puan ada akaun CIMB boleh guna mesin cek deposit CIMB...

      Delete
  5. contoh kalau saya pakai chq pbb tapi nak bank in ke maybank atau hlb , bole bank in dkt cawangan / mesin pbb ke..JANJI PILIH CHEQUE DEPOSIT MACHINE KE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cek PBB ke --> maybank (pemilik akaun Maybank harus sama dengan nama yang tertera di cek).

      Pilih cek deposit mesin akaun bank yang tuan/puan miliki, contoh:

      Cek dari PBB ---> Boleh clearkan cek PBB pada mana-mana akaun bank yang tuan/puan miliki, sekiranya tuan/puan ada akaun maybank, cek itu boleh di clearkan pada cek deposit mesin di bank Maybank. Sekiranya tuan/puan ada akaun CIMB, boleh clearkan pada cek deposit di bank CIMB (pastikan nama pada cek dan akaun di bank di miliki orang yang sama).

      Delete
  6. Adakah pihak bank akan menghbungi kita sebelum duit masuk kdlm account?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak bank tidak akan menghubungi kita, Tuan/puan boleh cek akaun secara online untuk mengetahui status duit (jika status floating, masih belum dimasukan).

      Delete
    2. status active je . Pihak bank ada call, bila call balik plnggan service kata pihak mereka akan call kembali . sebab hampir 1week duit tak masuk2

      Delete
    3. Bagaimana status akaun tuan/puan? sekiranya pihak bank ada call pasti ada sesuatu yang tak kena pada cek tersebut..

      Delete
  7. as salam encik , saya nak tanya ni , ada customer ni dari amerika nak beli barang dengan saya dan dia telahpun tarnsfer duit ke bank saya tapi saya kene bayar sejumlah rm yang besar baru dapat duit tu dan saya telah bayar tapi takde apa2, kenapa macam ni ? perluka saya bayar fee tu sedangkan saya yang nak terima duit tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah scammer cik puan, tak perlu bayar apa-apa jika customer itu nak membuat pembayaran bayar saja terus ke akaun kita.. Cik puan tak perlu membayar apa-apa deposit atau cengkeram.

      Delete
  8. Assalammualaikum tuan.. baru2 ini compeny saya telah menganugerahkn saya cek brjumlah rm5k di atas perkhidmatan saya bekerja selama 10 tahun dlm compeny tu.. dan cek itu tertulis nama saya. Persoalan saya di sini, Boleh kah cek tu saya masukkan ke akaun isteri saya. Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikommuslam,tuan tidak boleh clearkan cek atas nama tuan pada akaun selain nama yang tertera pada cek (nama pada cek perlu sama nama pada akaun bank yang mahu ditunaikan cek tersebut).

      Delete
  9. salam saya nak tanya bulan lepas saya tebus cek tanpa tulis nama no akaun dan no talifon di bekakang cek tapi alhamdulilah masuk jugak sbb masin yg saya guna di meminta masuk kan no akaun bank saya lpas tu saya masuk kan jumlah yg sama dlam tentera dalam cek . yg saya confius nya sbb ada mesin yg saya baru cuba wat pertama kali tnpa meminta no akaun dgn cara masuk kan cek trus kluar resit tnda sudah siap lalu hasilnya tak sama saya di katakan lalai meletakkan butiran blakg cek dana saya sedih terpaksa tggu 7 hari untuk di kembalikan cek lama betul boleh jelas kan tak perbezaan 2 resit yg saya dpt selpas buat tebus cek yg 1 ada tebtera no akaun dan penerima dan resit yg 1 lagi tak ada nama no akaun dan pe nerima

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 mesin lama, 1 mesin baru.. Mesin baru ada scanner dan cek tuan/puan akan di scan dan akan nampak nombor akaun.. Mesin lama kena guna envelope dan tiada scanner (akan keluar resit biasa)..

      Delete
  10. kalau dekat cheque tak ada binti tapi saya tulis binti kt details cheque macam mana ye? diterima tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah, pihak bank akan siasat. jika benar nombor akaun dan tiada laporan dari pihak pemberi cek ia adalah sah.

      Delete
  11. Kebiasaannya cek akan masuk dalam 3 hari waktu bekerja (cek Cimb to Cimb 2 hari waktu bekerja).

    ReplyDelete
  12. Nak tanya tadi pergi bank rhb nak clear cheque.. Lupa no acc.. Pekerja dekat bank yang tulis kan dan masukkn dalam mesin.. Sekarang saya risau kalau cheq to dia masok acc dia.. Saya xcheck tadi.. Bagai mana

    ReplyDelete
  13. Cash cek tapi masuk kat mesin cek deposit..patut kena g kaunter kan...cek guna cimb cliks dh masuk..lepas tu esoknye keluar blik...rekod tulis altered cheque..mcm mana ye

    ReplyDelete
  14. Apa maksud altered checque....semua detail dah betul

    ReplyDelete
  15. Uob bank..give cek to a maybank account n put in mesin that cek on friday 2.40pm went can that cek cash will in maybank account

    ReplyDelete
  16. Boleh tanya tak? Cek RHB bank , nak masuk ke akaun bank islam .. Kena pergi bank rhb ke bank islam

    ReplyDelete

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop