Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Menuntut ilmu agama tanpa guru nescaya gurunya adalah syaitan durjana - Menuntut ilmu dengan berguru.





Sebaik-baik menuntut ilmu adalah bersanad. Pentingnya menuntut ilmu dengan berguru dan bersanad dalam islam.
.
Pada asalnya istilah sanad (salasilah atau pertalian antara beberapa orang perawi yang meriwayatkan sesuatu hadis) hanya digunakan dalam bidang ilmu hadis (Mustalah Hadis) yang merujuk kepada hubungan antara perawi (orang yang meriwayatkan hadis) dengan perawi sebelumnya pada setiap tingkatan yang berakhir kepada Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Barangsiapa menguraikan al quran dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan.” (HR: Ahmad)
.
Imam Syafie R.H.M. mengatakan “Tiada ilmu tanpa sanad”.
.
Al Hafiz Imam At Tsauri R.H.M mengatakan “Penuntut ilmu tanpa sanad adalah bagaikan orang yang ingin naik ke atap rumah tanpa tangga” Bahkan Al Imam Abu Yazid Al Bustami R.H.M menyatakan “Barangsiapa tidak memiliki susunan guru dalam bimbingan agamanya, tidak ragu lagi nescaya gurunya adalah syaitan.”

PENCERAHAN:
Cara menyambung sanad ilmu melalui dua jalur :
1. Melalui sanad guru (sanad ilmu) mengikuti ulama yang bermazhab yang tersambung kepada Imam Mazhab yang empat.
2. Melalui nasab (salasilah) ahlul bait, keturunan cucu Rasulullah S.A.W sampailah kepada keturunannya yang masih ada pada hari ini.

Ilmu Bersanad bermaksud pengajian yang diterima secara turun-temurun dan berkesinambungan. Maknanya ber'guru' untuk mengambil ilmu, dan guru itu pula berguru dengan gurunya sehinggalah sampai kepada tabiin (pengikut) dan para sahabat yang berguru dengan Rasulullah S.A.W. Berguru itu memang sesuatu yang sunnah. Tausiyah (nasihat) guru kami, bertalaqi (pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru) adalah jalan mengenal agama.

Sesungguhnya ilmu-ilmu fardu ain tidak boleh sama sekali dipelajari semata-mata melalui pembacaan daripada kitab-kitab, internet atau membaca artikel tanpa berguru. Ini kerana kemungkinan kitab-kitab yang dibaca terdapat penipuan dan tokok tambah mengikut kemahuan hawa nafsu dan mungkin juga terdapat kesilapan percetakan. Sebab itu cara mempelajari ilmu yang paling benar dan beradab ialah belajar secara talaqqi daripada guru yang bersanad.

APA PENTINGNYA BERSANAD?
Pentingnya ialah supaya kita tidak bertaqlid (percaya saja kepada kata orang) dan taksub (fanatik) membuta tuli tanpa sandaran dan rujukan yang boleh mentashihkan (mengesahkan) dari mana ilmu itu diperolehi.

Menghidupkan pengajian bersanad pada masa ini adalah suatu perkara yang harus diberi pujian dan galakan. Meskipun ia bukan satu kefarduan ke atas setiap orang dalam menuntut ilmu atau mengajarkannya, namun ketiadaannya langsung sama sekali dalam umat Islam mampu menjadi tanda pada dekatnya kehancuran umat ini.

Di mana kelak tiada lagi tinggal orang-orang berilmu yang bersanad, lalu orang mengambil ahli-ahli ilmu yang jahat, tiada keberkatan dan orang-orang jahil sebagai tempat rujuk dan pemimpin agama mereka. Justeru, mereka ini sesat lagi menyesatkan dan akhirnya di atas merekalah dibangkitkan hari kiamat.

Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;
.
1. Merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah S.A.W.
2. Merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar.
3. Merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka.
4. Merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat.
5. Merupakan satu rahmat dan berkat.

KESIMPULAN:
Hari ini ramai yang mempunyai sarjana, doktor falsafah mahupun yang menjadi cendekiawan Islam, namun terlalu ramai yang memperolehinya dari universiti-universiti sahaja. Sanad mereka biasanya terputus pada Dekan atau Profesor mahupun Chancellor Universiti terbabit biarpun selepas itu sandaran mereka masih lagi  al quran dan al hadis. Tiada keinginan di dalam hati mengambil sanad al quran dan hadis dalam kehidupan kita hari ini? Ayuh talaqi al quran dan hadis bersanad sebelum kita semua mengadap Tuhan Maha Pencipta. Aamiin.
.
Menuntut ilmu agama tanpa guru nescaya gurunya adalah syaitan durjana.
.
Wallahu alam.



0 comments:

Post a Comment

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop