Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Busur panah - Memanah epal di atas kepala memerlukan latihan dan fokus.



Seperti yang pernah diceritakan kepada saya, Robin Hood, Katnis Everdeen dan Lars Andersonim berbangsa inggeris menyertai pertandingan memanah di suatu tempat.
.
'PEMANAH HEBAT DAN TEPAT'
.
Pertandingan memanah itu dianjurkan oleh Raja di tempat berkenaan dengan syarat sebiji epal diletakan di atas kepala sorang lelaki dan peserta harus memanah dengan tepat menembusi buah itu.
.
Maka pertandingan bermula, Raja duduk di atas singgahsana bersama permaisuri sambil menyaksikan pertandingan itu dari jauh.
.
Giliran pertama Si Robin Hood mengambil tempat untuk memulakan. Jauh dari kedudukannya berdiri, sebiji buah epal diletakan di atas kepala seorang lelaki yang tidak dikenali.
.
Robin Hood pun mengeluarkan busarnya dan meletakan anak panah di tali ibu panah, kemudian beliau mensasarkan tepat ke arah buah epal.
.
Kreeekkk! Tali busar di tarik kemudian zassss! Dilepaskan shuppp! Anak panah tepat mengena buah epal di atas kepala lelaki tadi tanpa mencederakan walau sedikit pun.
.
Robin Hood memandang kepada Raja sambil melaungkan;
.
"I am Robin Hood, i am true legend"..
.
Raja bertindak balas dengan menepuk tangan lalu menganggukkan kepala tanda setuju.
.
Kemudian giliran Katnis Everdeen pula untuk membuat panahan pada buah epal di kepala lelaki tersebut.
.
Zasss! Shuuppp!! Bunyi anak panah dilepaskan kemudian buah epal terbelah dua tanda tepat kena sasaran, lelaki tak di kenali itu pun selamat dan masih hidup. Katnis Eberdeen memandang ke arah Raja kemudian menjerit;
.
"I am Katnis Everdeen, You know me"
.
Raja pun menganggukkan kepala serta mengenyitkan mata tanda setuju dengan kebolehan Katnis Everdeen membidik dengan tepat..
.
Kini giliran Lars Andersonim pula untuk membuat panahan, masih lelaki yang sama diletakkan buah epal di atas kepala. Lars Andersonim pun mengeluarkan busarnya untuk memulakan panahan.
.
Kriiiikkk! Tali busar ditarik. Lars Andersonim pun membidik kearah buah epal. Zasssss! Shuuuppppp! Toikk! Anak panah tepat mengenai perut lelaki yang kepalanya ada buah epal tadi.
.
Lars Andersonim pun memandang ke arah Raja dengan seraya berkata;
.
"I am.. I amm.. I ammm Sorry"
.
Raja hanya menepuk dahi tanda simpati.
.
Moral Muncet: Anak panah tidak mengenal siapa, kita yang membidik harus peka dan terlatih.
.
Tak tahu nak gelak ke menangis ni!
.
.

0 comments:

Post a Comment

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop