Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Cara buat pasport kanak-kanak, dewasa, orang tua dan OKU 2017


NAK BUAT PASPORT ANTARABANGSA?
.
Bagi mereka PERTAMA KALI buat pasport, sila bawa pekara seperti berikut:-
.
Bagi berumur 13-59 tahun:
====================
.
1) Bawa Diri.
2) Bawak bersabar.
3) Bawa IC / Kad pengenalan.
4) Bawa 1 salinan fotostat IC.
5) Bawa duit RM200 untuk tempoh sah laku pasport 5 tahun..
6) Berumur 60 tahun ke atas RM100 untuk tempoh sah laku 5 tahun.
.
Bagi berumur 12 tahun ke bawah:
====================
.
1) Bawa bersama diri anak itu.
2) Bawak ibu / bapa / penjaga.
3) Bawa surat beranak original.
4) Bawak 1 salinan surat beranak fotostat.
5) Bawak RM100, jika bawak lebih duit boleh makan di kantin Wisma itu semasa menunggu passport siap.
.
Orang kelainan upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran.
.
.
CARANYA:
=========
Start enjin kereta atau motosikal, nak mudah pakir bawak motosikal.
Tempat yang dicadangkan buat pasport di Wisma Persekutuan, Seremban (di sana ado pejabat imegresen).
.
Waktu buka:

Isnin hingga jumaat.

Pukul 7.30 pagi - 5.30 petang.
.
Sabtu dan ahad. Pukul 7.30 pagi - 1.00 tengah hari tongah paneh.
.
1) Wisma persekutuan, Seremban Tingkat 2.
2) Amik nombor giliran kemudian pergi kaunter 9 hingga14.
3) Duduk di atas kerusi depan kuanter.
4) Pandang lensa kamera amik gambar.
5) Cop jari kiri dan kanan.
6) Sain borang.
7) Tinggi berapa sentimeter?
.
.
DAH AMBIL RESIT NAK BUAT APA?
===========================
1) Tunggu di kaunter 7.
2) Bila nama anda di panggil sertakan bayaran RM200.
3) Bayar cash / tunai.
4) Siap? Belom lagi.
5) Ambil resit (pegawai bertugas akan nyatakan pukul berapa pasport anda siap, akan di tulis di resit guna pen, contoh: 445 - bermakna pukul 4.45 petang pasport siap).
.
Agenda pada hari tersebut:

1515 pm= Bertolak.
.
1540 pm = Pakir motosikal.
.
1542 pm = Naik tangga ke tingkat 2 walaupun lift ado.😂
.
1543 pm = Ambil nombor giliran.
.
1544 pm = Belari turun tangga sebab nak fotostat IC menuju kedai surat kabar di bangunan bawah sebelah kantin, kemudian berlari naik semula ke tingkat 2. Exercise.
.
1548 pm = Giliran di panggil, kemudian isi butiran termasuk butiran ketinggian diri anda dalam sentimeter di kuanter 12.
.
1559 pm = Amik resit di kuanter 7. Sediakan tunai RM200.
.
1605 pm = Lepak di gerai jual muruku depan main gate.
.
1645 = Dah boleh amik pasport.
.
Terimo kasih abam2 dan hakak2 imegresen.
.
Jika bermanfaat sila kongsikan pada rakan anda yang lain.
.
.



#passport

0 comments:

Post a Comment

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop