Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Anak Den Pompuan (InTan NuR HaNiFaH).

First / pertamo kali amik gambar.. BABA yang amikk.. hikhik

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Dan Salam Sejahtera..

Pado 28 December 2011 pado Pukui 12 Tongah Ari Isteri saya di masukan ke bilik pembedahan di Hospital Taiping, Perak.. Tujuan dimasukan ke bilik pembedahan adalah untuk melahirkan anak saya melalui pembedahan.. Pembedahan ini dijalankan disebabkan anak saya dalam kandungan berado dalam kedudukan songsang.. Sebab apo songsang Wallahualam... :)

Pado puko 12:51 pado hari RABU 28 december 2011 Masihi bersamaan 3 Safar 1433 Hijrah Lahir la anak kami cute little baby.. hehe.. Alhamdulillah..

Banyak dah masuk sepital anak kami ni semasa dalam kandungan.. 1. Hospital Kuala Kangsar2. Hospital Serdang (22/11/2011 - 24/11/2011) dan 3. Hospital Taiping
(29/06/2011 - 02/07/2011), (27/12/2011-31/12/2011).

Selepas Keluar ke Dunia :- 1.Wad B3 Hospital Taiping (31/12/2011 - 01/01/2012), dan sebelah petang bawak ke Hospital Kuala Kangsar (01/01/2012 - sehingga diberitahu).

Bersamo Wan Dan Atok Dayi Nismilan.. hehe

Alhamdulillah.. Segala urusan hampir selesai... Cuma anak BABA kene tahan wad sebab kuning tinggi (17 mg/dL - 14.8 mg/dL terkini).. Iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL adalah tahap selamat bagi hati bayi yang belum matang...

Kadar Bayaran Deposit Kemasukan ke Wad Hospital PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pentadbir Web:-   http://hoshas.moh.gov.my
Jumaat, 09 Julai 2010 15:13
Pesakit Awam / Swasta / Pesara
Jenis Rawatan
Kelas Satu (RM)
Kelas Dua (RM)
Kelas Tiga (RM)
Perubatan
700.00
200.00
20.00
Pembedahan Am
1,100.00
400.00
30.00
Perbidanan dan Sakitpuan
800.00
350.00
15.00
Pesara Kerajaan
1A  50.00
1B  40.00
15.00
Percuma
*Sila kemukakan satu salinan Kad Pesara bagi tujuan masuk wad


Warganegara Asing
Jenis Rawatan
Kelas Satu  (RM)
Kelas Dua (RM)
Kelas Tiga (RM)
Perubatan
1,400.00
600.00
400.00
Pembedahan Am
2,200.00
1,200.00
800.00
Perbidanan dan Sakitpuan
1,400.00
1,000.00
800.00


Makluman
Semua pesakit di atas dikehendaki membayar deposit apabila dimasukkan ke wad kecuali pesakit swasta yang majikannya mempunyai jaminan bank dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.Pesakit hanya dibenarkan masuk wad kelas satu atau dua dengan mengemukakan surat jaminan yang sah atau deposit yang cukup.
Kemaskini terakhir pada Jumaat, 20 Ogos 2010 12:43
 

Stakat ni anakDen 7 hari dalam wad... Takpo la mudahan both Intan sihat... Insyallah.. 

Temui kami dalam kisah Daftar anak baru lahir di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)..
 ____________________________________________________________________

Sedikit fakta tentang Penyakit kuning atau demam Kuning

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.
Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.
Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.

Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.
Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis.
Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.

1 comments

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).