Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Penipuan Internet scammer - Western union, Ejen tak dikenali, beli melalui mudah.my dan sebagainya.




Situasi:
Saya ada buat perniagaan duit lama.
Pembeli orang luar negara. Dia cakap sudah buat pembayaran dan email dihantarkan kepada saya. Isi kandungan email tersebut saya perlu membayar sejumlah wang kepada agent dia baru wang yang dia hantar (jumlah harga barang + wang agen) masuk ke dalam akaun saya. Saya jadi tak yakin dengan ini
Boleh mintak pencerahan..
---------------------------------------


Soalan:
Awak....Macam mane?? Dapat x duitnye??? Saya pun ada yang mesej nak beli then mintak email...
Saya tak yakin jugak.. Siap call maybank tanye.... Maybank advise just 2 way...
Direct visa @ TT...
Saya baru berurusan 2 hari ni... - Unknown

__________________________


Penjelasan Mr.m:

Unknown: Jangan berurusan money transfer guna email...
-mereka mungkin dari luar negara (terutamo eh dari Nigeria)..
Kisah nya /situasi akan berlaku begini:-
(Kata anda menjual barang dengan harga RM1000)..
.
1) Memula PEMBELI akan mintak email anda dan menyatakan pembayaran sudah di buat (dia menyatakan ada masalah transfer/pemindahaan duit). PEMBAYARAN itu lebih dari harga barang yang hendak dibeli, katakan PEMBELI MEMBAYAR RM2000..
.
2) PEMBELI akan MENYURUH anda cek email untuk pengesahan bahwo PEMBAYARAN telah dibuat (dah mula nak menipu latu)..
.
3) Anda pun cek email dan ada dapat pengesahan kononnya duit itu "FLOAting/suspended" tak masuk lagi dalam akaun anda..
.
4)Anda cek akaun bank anda (contoh Maybank online) memang tak masuk...
.
5) KERANA ANDA PERCAYA duit akan masuk ke akaun anda, Drama pun bermula.. hehe.. PEMBELI menyatakan anda perlu berjumpa AGENt/orang tengah mereka untuk memudahkan barang itu sampai kepada PEMBELI serta MENYERAHKAN baki RM1000 (kononnya pembeli terlebih bankin)...
.
6) Akhir nya ANDA tertipu... Duit yang "FLOATING" tu tidak WUJUD..
.
7) Ini adalah salah satu contoh TAKTIK PENIPUAN/scammer yang den dapek konal pasti semenjak den berurusan dengan alam maya ni.. sebenarnya banyak lagi...
.
8) Berhati-hati berurusan dengan mereka terUTAMO eh PEMBELI yang kaki PEMBELIT.. He

9) Ada juga scammer meminta duit 'deposit' sebagai pendahuluan kerana untuk pembayaran pada kastam (kononnya nak bayar urusan kastam).

____________________________

Komen pilihan kisah PENIPUAN INTERNET anda boleh pergi post mr.m yang ini :- PENIPUAN DI INTERNET - Siri 1 #APBPDI

-----------------------------------------

Kisah scammer anda boleh rujuk 'KOMEN' pos den yang ini (klik di sini): --> KISAH PENIPUAN DI INTERNET - Siri 2 #APBPDI
___________________________

Kisah penipuan di internet sila rujuk post yang ini (klik di sini) --> Penipuan scammer di internet - penipu online minta yuran pengaktifan, duit pending, duit lama syiling tembaga.

8 comments

  1. Assalamualaikum En. Boleh Bantu Saya Baru2 Ini Saya D Datangi Oleh Seorang Customer Luar Negara Yg Ingin Membeli Barangan Saya Then Dia Minta Email, No Acc Masa Itu Tidak Laa Nampak Pelik Sama Seperti Customer Biasa So Saya Beri Padanya.. Cuma Bila Dia Beri Email Then Minta Saya Bayar Baki Duit Dia Terlebih Dahulu Baru Duit Saya Masuk Ini Yang Buat Saya Terus Takut & Rasa Was2.. Boleh En Bantu Saya Bagi Mengesahkan Sama Ada Ini Scam Ke? Cz Dia Still Pm Saya Dalam Whatsapp & Mengatakan Saya Harus Membayar Duit Dia Semula Yg Dia Sudah Transfer Pada Saya.. Sedangkan Saya Sudah Beri Alasan Yg Saya Tiada Duit Pun Untuk Membayar Baki Payment Dia 3 Hari Lepas Yg Saya Takut Malam Td Dia Pm Saya Lagi So Apa Jawapan Yg Saya Harus Bagi Ya? Please Help Me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu deposit apa-apa puan anon.. Puan tak perlu bagi jawapan apa-apa. puan tak perlu lagi berurusan dongan Customer Luar Negara itu...

      Delete
  2. Encik Anonnymous: itu adalah Scam.. dia beli barang dengan kita, dia yang perlu bayar kepada kita.. kita tak perlu bayar apa apa kepadanya..

    ReplyDelete
  3. Macam mana kalau dah bagi no ic dengan no akaun😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka akan guna identiti kita untuk menipu orang lain.

      Delete
  4. Encik,saya mengalami masalah di mana seorang warga us ingin membeli duit lama drpd saya.Sama spt kes di atas, beliau berkata beliau tlh memasukkan sejumlah wang ke dlm akaun saya namun duit tersebut dlm pending mode da. hanya akan dimasukkan ke dlm akaun saya setelah saya membayar yutan pengaktifan sbyk RM 750. Adakah ini juga satu skim penipuan? Beliau juga menghantar ID namun ia agak kabur..Mohon balas secepat mungkin atau pm saya 0179365871

    ReplyDelete
  5. Salam...saya bru ja terkena dengan org mcm ni...mula2 ckp muliaanyaaa yarabbi.. Dy nk beli duit lama dri saya..then sy mcm terikut ap yg dy ckp.. Then sy pon bg no akaun..dy ckp nk trnfer duit,then dy ckp duit pemding..dy sruh sy byar rm550(pastu sy ckp ta de duit bnyk tu..then dy sruh sy byr rm300(kalau tak police report)..so now i takut...betul ke ni..dy dri usa....mcm mna ya...sbb sy dh bg no akaun,so akn jd ap2 tak?

    ReplyDelete
  6. haah saya baru ja hampir kene harini . ada dia buat transaction tu pagi . pepaling pun lepas 3pagi baru boleh . pahtu minta kene bayar la itu ini . benda laa . srs first time jual brg ni . pahtu nk kene scammer . hurmm alhamdulillah allah selamatkn saya . thanks you share

    ReplyDelete

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop