Reading
Kekayaan mengikut formula matematik #ApitPemalu (step by step). Tiada
larangan dalam islam terhadap keterujaan kita mengumpulkan harta
kekayaan selagi mengikut landasan syarak, ini kerana memiliki harta
kekayaan juga mampu memotivasikan diri untuk terus melangsungkan hidup.
Sebenarnya
kita tidak perlukan banyak duit pun untuk hidup. Cukup sekadar untuk
makan, minum, bayar bil, topup prepaid, ansuran kereta, rumah,
motosikal, hantar anak ke sekolah, beli susu anak, pampers, ubat kalau
sakit, pakaian sekali sekala, pergi bercuti, belanja mak ayah,
penyelenggaraan kereta, isi minyak kereta, buang air besar, air kecil di
tandas awam, barang asas keperluan rumah, bayar segala macam cukai,
simpanan kecemasan dan pelaburan. Aduhai. Makk aiii, tiba-tiba seperti
banyak pulak nak guna duit.
Ramai orang ingin menjadi kaya harta,
namun tidak tahu di mana tahap kekayaan sebenar dirinya. Berikut
dikongsikan tahap kekayaan individu mengikut formula matematik untuk
pengetahuan dan matlamat anda semua mengikut turutan:
1) Dana asas kewangan yang cukup:
Perlu
pastikan setiap bulan mempunyai dana kewangan yang cukup, katakan mahu
bayar bulanan duit ansuran rumah RM1200 + kereta dan motosikal RM600 +
keperluan asas (makanan, minuman dan pakaian) RM1000 + Bil RM560 +
insurans kesihatan RM600 + cukai RM150 + simpanan RM550 = berjumlah
RM4660. Setiap bulan anda perlu menjana pendapatan sebanyak RM4660 atau
lebih.
Apabila dana asas kewangan tidak mencukupi, anda akan
merasakan buat ini tak betul, buat itu tidak boleh bagi menambah nilai
kehidupan. Setiap peluang menambah baik kehidupan tidak diambil dengan
serius.
Kos dana asas kewangan dapat dikurangkan sekiranya
kemewahan tidak ditonjolkan. Contoh; memiliki rumah kecil tidak mengapa
asalkan selesa dan mendamaikan, ansuran bulanan pun murah.
2) Dana kewangan simpanan kecemasan:
Setelah
melepasi tahap pertama, anda sudah berada di tahap kedua. Pada tahap
ini perlu pastikan sekurang-kurangnya RM4660 X 6 bulan = berjumlah
RM27960 di dalam simpanan.
3) Dana kewangan yang fleksibel:
Apabila
berada di tahap ketiga, anda perlu mempunyai lebihan pendapatan setelah
menyelesaikan pekara (1) dan (2). Katakan lebihan pendapatan RM1000
sebulan.
4) Dana kewangan untuk pelaburan:
Lebihan pendapatan
RM1000 tadi digunakan untuk perlaburan. Perlu mencari ilmu dan kemahiran
untuk mengembang biakkan duit pelaburan bagi menjana pulangan yang
boleh membayar pekara (1), (2) dan (3). Saat ini anda akan melihat
peluang pelaburan yang terbaik dan mula bertindak untuk menambah nilai
dalam kehidupan dari segi kewangan. Kerja kuat. Elakkan pelaburan yang
mudah kena sontot.
5) Dana kebebasan kewangan:
Bila berada di
tahap ini anda sudah pun melepasi pekara (1), (2), (3) dan (4), barulah
anda boleh mencapai apa yang diinginkan. Katakan mahu memiliki kereta
Skyline GTR, rumah besar, melancong dan sebagainya. Kepala pun tidak
pening. Tidak lagi mengharapkan wang daripada gaji untuk menampung
pekara (1), (2), (3) dan (4).
6) Dana kewangan yang tak putus-putus:
Apabila anda sudah berada di tahap ini, duit bukan lagi masalah. InsyAllah.
7) Kebebasan yang penting sekali:
Kesihatan
yang baik, kerjaya yang baik, keluarga yang bahagia dan ketenangan
jiwa. Tahap pengakhiran hidup anda harus berada di tahap yang ke tu7uh
ini.
Setiap individu mampu melalui ke semua tahap ini pada tempoh
masa yang berbeza, ada yang mampu lakukan dalam masa setahun, 5 tahun,
malah 12 tahun. Keperluan asas juga akan berubah pada tahun demi tahun.
Kehidupan
ini kosnya murah jika anda tidak mempamerkan imej yang mewah. Banyak
kemewahan yang tidak perlu dipamerkan lagi. Masalah hidup juga
sebenarnya mudah diselesaikan, ianya susah bila anda tidak bersabar.
Kurangkan kemahuan tingkatkan amalan kebaikan.
Untuk lebih
bahagia kita perlukan ilmu pengetahuan, untuk menjalani hidup kita
perlukan pengalaman, ayuh belajar bahagia dalam hidup.
Anda berada di tahap mana?(Tak perlu mintak izin untuk share, silakan)
.
.
Anda sudah kaya atau bagaimana?
7 langkah kekayaan perlu ada dalam kehidupan individu.
______________________________________________
Layari: www.muncetglobal.com htag: #MuncetGlobal #ApitPemalu
Apit blogger
Bank-bank BooM
bisnes dan usahawan
CuKAi
facebook
Informasi
Instagram
Muhasabah
Stori Meri
Tabiat Dan Sikap
ZaassSSS
0 comments:
Post a Comment
Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).