Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Ha pepagi lagi dah cari bendera putih naik Honda c70 dikejiranan sini. Belum jumpa lagi. Apit Pemalu


Ha pepagi lagi dah cari bendera putih naik honda c70 dikejiranan sini.. belum jumpa lagi.. Bini kirim pulak nasi lemak 4 sambal asing.. Kalau nampak kelibat owner moto ni jangan memalu tahan.. (lokasi Gadong Jaya, Gadong Indah, Seremban, Negeri Sembilan).

#HaNasiLemak #HaBenderaPutih #HaC70 #HaRunner #HaSeremban #HaSendayan #HaNegeriSembilan #HaNismilan #HaGadong #HaGadongJaya #HaGadongIndah #HaThisIsGadong


+++++

Ha bila tak ada bendera putih letak baju putih sama hanger pun boleh. Pabila dikibar baju tu orang nampak dan boleh bantu apa patut... Kalau diam siapa yang tau. Last, stress, kemurungan lalu amik jalan pintas.. Baju putih siap hanger.. 50 - 70% putih pun boleh.. Gantung kat gate ke, grill ke.. Gantung kat tingkap ke.. Gantung kat pintu ke.. Rumah Flat ke, teres ke...

HA KIBARKAN BENDERA PUTIH FASA COVID19!

TIDAK PERLU MERAYU, TIDAK PERLU RASA MALU, HANYA KIBARKAN KAIN PUTIH AGAR ADA YANG DATANG MEMBANTU...

ANDA LAPAR?
ANAK TAK MAKAN LAGI?
DUIT SUDAH HABIS BELI MAKANAN?

HA KIBARKAN BENDERA PUTIH...


++++


Ha orang parti PAS macam Taufix Skilo ni tak faham konsep ke?

Bendera putih tu bukan petanda orang tak berusaha, tapi ada yang sedang berusaha musim COVID19 ini, tapi sangat perlu bantuan pada masa tersebut. Bukan memanjang je bendera putih. Eh, ramai je manusia yang bukan suka nak meminta-minta ni. Bendera putih tu simbolik. Macam traffic light. Takkan nak tulis besar-besar supaya orang sana berenti sobab orang sini nak lalu? #HaLemparMic

KALAU DIAM SAPA YANG TAU!

Ha ramai yang perlukan pitih cash.. Nak bayar hutang, bil bil, sewa rumah, minyak moto.. Ha betul doh tu, tapi lening bagi bantuan keperluan harian je... SUPAYA:

YANG TAK KERJA DAPAT MAKAN..
YANG LAPAR DAPAT MAKAN.
YANG KENA BUANG KEJE DAPAT MAKAN
ANAK ANAK DAPAT MAKAN...
HILANG SUMBER KEWANGAN PUN DAPAT MAKAN..
HA KIBARKAN BENDERA PUTIH FASA COVID19!
TIDAK PERLU MERAYU, TIDAK PERLU RASA MALU, HANYA KIBARKAN KAIN PUTIH AGAR ADA YANG DATANG MEMBANTU...

ANDA LAPAR?
ANAK TAK MAKAN LAGI?
DUIT SUDAH HABIS BELI MAKANAN?
HA KIBARKAN BENDERA PUTIH...


+++++


Ha kalau di Sabah bagi orang Kadazan kibar bendera putih di pintu pagar bermaksud ada orang meninggal dunia. - Maureen Carol

Kalau di Beaufort kibar bendera putih dia bagi sing tao, kibar hitam dia bagi stout. kibar kuning dia bagi lihing - Beautiful Sand.

Sama di semenanjung pun. Kain putih dikibarkan tak kira saiz ada orang meninggal. - Siti Mahdiah

HA APA ANDA PENDAPAT?


Ha wahai orang orang besar negara. Usah perdebatkan BENDERA PUTIH!

Ha JIKA yang bercakap tu tiap-tiap bulan duit masuk dalam bank.. Banyak plak tu.. Sedap la cakap.. Bukan macam Khalifah Omar.

Ha kalau macam tu jangan banyak bunyi je, tolong orang tengah susah jangan tidur je.

Kalau kibar bendera PUTIH kan mudah nampak dan fahami..

Jangan la cakap diorang berputus asa.. kalau dah diberhentikan keje dah setahun.. duk umah sewa 5 bulan tak bayar. Bil api air.. yang utama belanja dapur.. sume abis.. nak usaha kat celah mana.. PKP babi nak keja cemana, kena katup keja niaga apa semua.. nak rebus batu kew?

Diorang bukannya dalam list asnaf atau penerima zakat pon sebelum ni.. Dek PKP musibah melanda.. diorang jadi tak mampu.. kurang mampu tak ada income.

Jangan la begitu bagi statement.. Tak semua orang bernasib baik dikala musibah wabak COVID19 ini melanda..

Senang cite kibar bendera putih nak memudahkan bantuan makanan ke, minuman ke untuk sampai dengan segera.. jangan sulitkan keadaan plis tuan agamawan..

"Selain bantuan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan dan negeri, terdapat juga daripada badan dan agensi tertentu seperti Pusat Pengurusan Zakat negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta selain sumbangan individu," katanya pada kenyataan di media.

Cerita nye sekarang ni orang dah terhimpit.. Nak pergi menyembah dan cium tapak kaki korang pun belum tentu dapat.. kene proses permohonan dulu, itupun taktau bila boleh proceed.. bila di tanya nanti, mula la melenting.. bukan kamu sorang jer yang mohon, ramai lagi yang mohon.. lepas tu kene siasat itu ini dengan orang terdekat dengan pemohon...

Banyak sangat karenah birokrasi dan prosedur, so si pemohon itu makin tertekan.. Dia berkaitan masalah mental pulak pabila stress dan tertekan.. boleh amik jalan mudah, jalan singkat bunuh diri.. dengan ade nye isyarat yang baru ni (kibar bendera putih), bantuan terus sampai... gitu.. bukan putus asa, nak makan pun tak ada apa apa nak di makan.. Ada yang menumpang rumah kawan, duit pun takda.. malu nak cakap tak ada duit, sampai kata sedang puasa walhal period time kawan ajak makan... Period mana boleh puasa.. nampak.. nak makan pun tak boleh sebab malu.. #HaPeriod

Alim ulama, para ilmuwan agama dan para nampak alim elok kene belajar cara 4 sahabat R.A iaitu Saidina Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali.. #HaUwekkk 😆

Ha udah kitani jangan banyak bercakap tanpa fakta.. Nak harapkan korang sendiri nak turun, memang takde la.. so, kenape nak menidakkan kebenaran?

Nape agamawan senang koyak ye sekarang? terpukul ke dengan orang yang nak bantu sebab tak berhubung dengan awak? Allah tolong melalui makhluk, tak perlulah perkecilkan usaha orang lain..

Yang penting dah minta maaf, saya maafkan awak.. Saya pun mintak maaf jugak.. Kosong kosong.. #HaCamatHalilaya

Kena kat kamu itu adalah ujian, kena kek den adalah bala dari Tuhan? #HaFikirFikirkan #HaBrade

HA KIBARKAN BENDERA PUTIH FASA COVID19!
TIDAK PERLU MERAYU, TIDAK PERLU RASA MALU, HANYA KIBARKAN KAIN PUTIH AGAR ADA YANG DATANG MEMBANTU...

ANDA LAPAR?
ANAK TAK MAKAN LAGI?
DUIT SUDAH HABIS BELI MAKANAN?

HA KIBARKAN BENDERA PUTIH...


0 comments:

Post a Comment

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop