Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Bantuan Prihatin Nasional dan Geran Khas Prihatin dalam musim wabak novel coronavirus (COVID19), mohonlah bagi yang layak!


Yang mana ada register Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tu tapi tak layak dapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN), aku sarankan mohonlah (Geran Khas Prihatian) GKP bagi yang layak kateria. #HaSSM

1. Bantuan one-off RM3000

2. Yang tak lulus BPN sebab ada SSM DAN SSM masih aktif dan berdaftar dengan SSM sebelum atau pada 31 Disember 2019, suruh je apply GKP ni.

3. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan jumlah pekerja kurang daripada 5 orang tidak termasuk pemilik.

4. Syarat-syarat lain boleh rujuk gambar.

5. Kot ada kawan-kawan tanya nanti boleh beritahu pasal GKP (rujuk gambar). #HaGambar #HaRujukGambar

6. GKP ni mudah je apply, sumber risikan mengatakan yang tak lulus kurang. Maka potensi untuk LULUS tinggi. #HaSayaAkanSiasat

7. Untuk BPN yang ada masalah dengan no acc (nombor akaun) , dalam website yang sama ada no baucar. Suruh bawa IC dan tunjuk nombor baucar tu ke cawangan (Bank Simpanan Nasional) BSN terdekat.

8. Syarat mudah tu GKP.. Dulu aku pernah apply geran Nismilan punya syarat ketat, dan lulus (TPUNS)..

9. Percaya pada rezeki. Insya-Allah GKP ni rasanya mudah dimohon, ya betul, sebab tu depa Lembaga Hasil Dalam Negei (LHDN) link kan yang mana ada SSM tu, tak lulus BPN depa suruh apply GKP..

10. Haah betul. Ada yang kata makcik jual goreng pisang mana pernah declare cukai, confirmlah tak dapat. Salah 1 syarat dia declare cukai ATAU ada SSM. Salah satu ada, layaklah memohon.

"Kadang-kadang yang bercakap ni tak tau info betul, terus hentam. Kami dekat LHDN ni memang dah biasa dapat kecaman-kecaman ni. Padahal LHDN cuma menguruskan permohonan, bukan meluluskan." - Sumber risikan. 

11. Yang mohon GKP pun jangan risau, kerajaan tak check acc (akaun) korang ada berapa. Kalau ikutkan pasal declare cukai, melalui SSM pun LHDN boleh je trace. Tapi LHDN galakkan pembayar yang declare sendiri. Sebab tu kita buat kempen PENGAKUAN SUKARELA. #HaSukaRela

"Haah tu la. Kadang-kadang terfikir apalah diorang ni nak sebenarnya. Kerajaan bagi, kecam. Tak bagi, lagilah kena kecam. Macam BPN ada yang kata tiada pengecualian, semua dapat. Hakikatnya golongan T20 memang tak merasa pun duit bantuan ni. Tapi golongan ni tak bising, yang bising semua golongan yang dapat bantuan. Allahu Akbar. Bersyukur dulu dengan apa yang dapat tu boleh tak? Apa2 pun tq la dengar kak membebel ni" - Sumber risikan #HaRisikan

Pengakuan sukarela ni, isteri den pernah dapat surat dari LHDN.. Huhu dio tak kerja pun.. Den yang kerjakan dio.. Akibat guna akaun sendiri buat niaga.. 😂

12. Macam peniaga-peniaga kecil ni, kalau diorang declare cukai lagi mudah nak lulus GKP. Declare cukai bukan bermaksud kena bayar cukai.

Kalau keuntungan jual goreng pisang kecik-kecik tu, alahai berapa sangatlah. Tapi macam sumber risikan cakapla, orang dengar nama LHDN ni gigil terus. Padahal takde apa pun. 😂


🤣
13. Nak pergi jauh, sila ikut undang-undang. Insyallah, Allah sayam.. #HaAllahSayam

Bagi mereka yang tidak lulus BPN dan ada SSM masih aktif dan berdaftar dengan SSM sebelum 31 Disember 2019, cukup syarat mohonlah GKP. Saya ulang, mohonlah GKP. 

Diharap semua urusan tuan puan selepas ini akan dipermudahkan. Allah sayang. 

Sila semak dan apply di: https://bpn.hasil.gov.my/

Semoga berfaedah! 




++++++ 

Add Facebook Encik Apit - Klik di sini! atau FB chat messenger - klik sini!

Instagram Encik Apit - Klik di sini!

Whatsapp Encik Apit - klik sini! 
 

0 comments:

Post a Comment

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop