Hai Awak, popular Post,
Klik di sini ya! ---->

Cara atasi ketakutan dan kegelisahan adalah berkeyakinan dan bersangka baik terhadap Allah S.W.T


Penghuni syurga adalah orang-orang yang berjaya! Dalam kita meniti kehidupan seharian, adakalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. Sedih, suka, duka, bahagia, derita adalah merupakan sunnahtullah dalam kehidupan ini. 

Namun apa yang perlu adalah bagaimana kita mengatasi perasaan kesedihan itu supaya tidak mengikat dan membelenggu diri kita sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan dan hilang pertimbangan.

Orang beriman itu tenang hati mereka apabila menyebut nama Allah S.W.T. Rasa gelisah yang datang menimpa hati manusia kerana kurangnya keyakinan kepada Allah S.W.T. Ada orang resah gelisah kerana takut tidak mendapat sesuatu, mereka berkerja siang dan malam mencari harta dan wang ringgit dan mereka takut tidak dapat sesuatu, mereka lupa Allah yang memberikan rezeki. Bersangka baik dan yakinlah dengan Allah S.W.T. 

Allah memberi kita rezeki yang banyak, tugas kita hanya pergi mencari rezeki tersebut! Tidak ada rasa gelisah, tidak ada rasa ketakutan, tidak ada suatu pekara pun yang menyebabkan kita tidak mendapat sesuatu kerana keyakinan itu.

Yakinlah saudara! Keyakinan itulah yang akan menghilangkan keresahan, ketakutan, kegelisahan, kesedihan dan kedukaan di hati.

Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah S.W.T, sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui apa yang kamu lakukan.
.

-Apit Pemalu- #HaStayOnTrack

#HaStayOnTrack


0 comments:

Post a Comment

Anda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).


Klik Ha ODER NOW di bawah untuk Whatsapp eden:
Anda boleh memberi sebarang komen, cadangan, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun yang berkaitan Apit Pemalu. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan email, boleh juga dengan menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous".. Sekiranya anda tiada kredit untuk membuat panggilan telefon kepada saya, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen (enter your comment) dan saya akan cuba menghubungi anda dengan kadar segera.. Ha Terima kasih!

Apit Pemalu, everything is good here! Call/Whatsapp: 012-645 9881 #ApitPemalu #ApitShy #HaMHY #HaIbnuYaakop