First / pertamo kali amik gambar.. BABA yang amikk.. hikhik
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Dan Salam Sejahtera..
Pado 28 December 2011 pado Pukui 12 Tongah Ari Isteri saya di masukan ke bilik pembedahan di Hospital Taiping, Perak.. Tujuan dimasukan ke bilik pembedahan adalah untuk melahirkan anak saya melalui pembedahan.. Pembedahan ini dijalankan disebabkan anak saya dalam kandungan berado dalam kedudukan songsang.. Sebab apo songsang Wallahualam... :)
Pado puko 12:51 pado hari RABU 28 december 2011 Masihi bersamaan 3 Safar 1433 Hijrah Lahir la anak kami cute little baby.. hehe.. Alhamdulillah..
Banyak dah masuk sepital anak kami ni semasa dalam kandungan.. 1. Hospital Kuala Kangsar2. Hospital Serdang (22/11/2011 - 24/11/2011) dan 3. Hospital Taiping
(29/06/2011 - 02/07/2011), (27/12/2011-31/12/2011).
(29/06/2011 - 02/07/2011), (27/12/2011-31/12/2011).
Selepas Keluar ke Dunia :- 1.Wad B3 Hospital Taiping (31/12/2011 - 01/01/2012), dan sebelah petang bawak ke Hospital Kuala Kangsar (01/01/2012 - sehingga diberitahu).
Bersamo Wan Dan Atok Dayi Nismilan.. hehe
Alhamdulillah.. Segala urusan hampir selesai... Cuma anak BABA kene tahan wad sebab kuning tinggi (17 mg/dL - 14.8 mg/dL terkini).. Iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL adalah tahap selamat bagi hati bayi yang belum matang...
Kadar Bayaran Deposit Kemasukan ke Wad Hospital |
Ditulis oleh Pentadbir Web:- http://hoshas.moh.gov.my | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jumaat, 09 Julai 2010 15:13 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemaskini terakhir pada Jumaat, 20 Ogos 2010 12:43 |
Stakat ni anakDen 7 hari dalam wad... Takpo la mudahan both Intan sihat... Insyallah..
Temui kami dalam kisah Daftar anak baru lahir di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)..
____________________________________________________________________
Sedikit fakta tentang Penyakit kuning atau demam Kuning
JAUNDIS NEONATAL
atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara
yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.
Lebih kurang 60
peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80
peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi
disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit
dan mata putih bayi kelihatan kuning.
Pada keadaan
biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila
kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu)
pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.
Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.
Bilirubin tak
berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan
sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat
seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan
kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis.
Bayi baru lahir
mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi
baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya,
menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya
pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.
Sumber:- www.dbmhospital.com.my
AnakDen
Kite-kite je
1 comments
hoho tahniaah
ReplyDeleteAnda bolehlah memberi sebarang komen, menghantar berita dan apa-apa jua maklumat pun. Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email, anda juga boleh menghantar komen kepada Eden dengan tick kan pada "Anonymous" - (Eden akan cuba membalas SEGALA pertanyaan).